Saturday 20 April 2013

~Amalan Berzikir Kepada ALLAH~

Lazimkanlah zikrullah sebagai ubat dan penawar segalanya. Salah satu daripada zikrullah adalah membaca al-Quran. Dampingi dan hayati kalam kalam Allah yang Maha Agung pasti akan temui jalan penyelesaian bagi         setiap masalah yang kita hadapi.

Rasulullah SAW telah bersabda:
pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orong yang banyak membaca kalimah''laailaha illallah'' dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas......:)

Barangsiapa mengamalkan membacanya di pagi dan petang, insyaALLAH akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpelihara daripada pedaya musuh dan bala dengan izin Allah.
InsyaALLAH juga Allah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan, fitnah dan dikasihi hamba-hamba Allah serta dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
Kesimpulannya, ayat ini lazimnya diamalkan dengan mengharapkan redha Allah swt, dan moga-moga Allah swt melepaskan atau memberi kemudahan dari sebarang kesulitan dan kesusahan.
moga-moga dengan zikir-zikir ini ianya dapat mengubah hidup anda...;)


No comments:

Post a Comment